hmm..alhamdulillah, hidup aku sekarang semakin ok!
terima kasih tuhan, kerana memberi sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup..
bersyukur ke hadratMU, kerana hari ini hidup aku semakin dewasa..
hidup ini semakin mendapat petunjukMU..
dan hidup ini semakin dekat denganMU..
terima kasih ya Tuhan, kerana Engkau limpahkan aku
dengan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya..
Engaku limpahkan aku dengan rezeki yang melimpah ruah..
dan Engkau juga memberikan aku peluang untuk berfikir seketika,
tentang apa itu makna kehidupan,
tentang apa itu ketabahan,
tentang apa itu ujian,
aku tahu dan aku sedar, Engkau xkan beri sesuatu ujian itu
jika aku tidak dapat menghadapinya..
terima kasih ya Allah..
terima kasih atas segala-galanya..
aku terima di atas semua ketentuanMU..
semoga Engkau memberikan aku sedikit ketabahan..
semoga Engkau memberikan aku sedikit kekuatan..
dan semoga Engkau memberikan aku sedikit nur dan hidayahMU
untuk meneruskan hidup yang penuh onak dan duri..
tetapkanlah hatiku dalam imanMU ya Allah..
lapangkanlah hatiku..
lindungilah aku dari segala perbuatan hasad dengki manusia..
permudahkanlah segala urusanku ya Allah..
Amin..Amin..Ya rabbalalamin...